Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Friday, September 30, 2011

adoi haiiiii.....

alhamdulillah...dpt balik rumah minggu nih...walaupon x dpt balik seminggu untuk PMR tp `abi` kata sekolah ni lain sikit...maybe something a little bit special...tp lantaklaa yg penting..ana kena terus mujahadah dalam pelajaran...especially Quran.

Next, dalam waktu kita belajar nih, mcm2 perkara mendaang yg tidak dijangka..secara tetiba ataupon satu per satu..semuanya ketentuan Allah...yang penting pasrah dan redha...

Kenapa yee manusia nih susah sgt nak taat.Taat dgn ibu bapa, guru, org tua dan yg lebih utama Allah.Kalau ade jee perkara yg tidak memuaskan hati, mesti memberontak, mesti mogok..ana sendiri tak phm..Tak timbul ke rasa bersalah terhadap `org` itu...Ana bukan nk cuba attack sesiapa tp kita masing2 perbetulkan diri masing2.Ana pon kadang2 bersalah tp ape salahnya sekali-sekala kita beralah.Sedangkan Rasulullah dulu sepanjang hidupnya sering kali berkorban tak kira dari segi hati dan perasaan atau perkara2 lain...Cuba dalam sesuatu perkara tu kita pule yg beralah...

Kesimpulannya..berfikir sebelum bertindak dan kadang-kala mengekalkan sifat TAAT dalam diri lebih baik dari memberontak dan MOGOK.......

Saturday, August 27, 2011

first journal on BLOG

Assalamualaikum.....

Representing my first journal on the blog....
actually this journal is dedicated to the one and only my english practical teacher...Miss Nasuha Lanna
This is the journal that i promise you to be continued.....

Dear teacher,
              it just how many days that we going to celebrate hari raya...i feel like the time is to fast.i really do not know why it just i know that the time will still moving and never stop untill the day it should be.just some short journal.i still don`t have what to write.STILL not reached my mind...i hope you smile always..as i said

 Thousands  Smiles......Never Say Goodbye

Friday, August 26, 2011

Remembering Old Friends

Salam.....Entry ini khas buat teman-teman lama ku yg skrng bersepah ntah ke mana..huhuh
ana hrp korang sehat slalu....
lmex lme, dah nk dkt dua tahun daa kita berpisah
Lps ambil result semua ambil jln masing-masing
ade yg pegi sana,ade yg pegi sini and ade yg x kemana pon..huhuuh (sorry buat yg terasa)
lme sgt daa x jmpe....nk wat reunion tp masa slalu potong...kacau line btol laa
dri grup D` ROCK ANGEL...atiqah,shaf,irfah,farra,iffa,hani,athirah,farzana, sampai bdak NO BACTERIA...ahlinye ramai giler...ammar,haikal,syahmi,aiman,haris and others...oooo....sblm terlupa..geng bdak pling bajet kat skolh tuh...SAHAM...stand for Shaqif,Azim,Haikal,Amir,Muhaimin kalau x slp laa..huhuhuh
rindu giler kat korang....

Raya tahun ni..harap korang happy and jgn sedey-sedey...
aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
harap korang maafkan...
segala bende slh yg aku buat kt korang. aku marah korang ke sorry sgt-sgt...
halalkan makan minum yg korang blnja aku kat kantin tuh....
waktu yg aku spend ngan korang....
hope you guys forgive me....




HOPE WILL BE UNITE AGAIN ONE DAY....

posting updates....

salam.....
singgah dan rehat sebentar bersama blog...
sekejap jee daa 26 ramadhan...
syawal pon bakal tiba.....
apalah yg dpt ana lakukan spnjng ramdhan taon...
rsenye lbh baek dri taon lps ke x ???
semua tuh bkl jd persoalan dan perlukan satu jawapan...

Tuesday, August 16, 2011

Cuti hari rabu...

Salam semua....
pg yg ceria,segar
Solat Subuh dah...sahur pon dah...alhamdulillah...
The last day i`m at home...
ptg nih nk kene blik daa....sob sob sob..
bilelaa agaknya dpt jmpe lg...
x sabar nk tunggu raya...

In the same times, mengenangkan raya tahun ini yg tanpa atok....
huhuhuhuhuhuhu
cmne laa yee...slalu nk gi solat raya, mesti bawa atok
tahun ni..........
slalu duduk ramai-ramai,mesti ada atok
tp tahun ni......
slalu nmpk atok mkn dkt meja bsr dgn semua tokwan,ayah,ibu,paklong,mummy,pakteh.makteh,walid,umi and maksu......
tp tahun ni.....
mmmmmmmmmmmmm

Semoga kami sekeluarga lebih tabah meniti hari-hari yg mendatang.....Amin

Nilai Tudung Seorang Wanita







Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. 

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. 
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. 
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. 
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. 
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. 
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. 
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? 
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. 
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. 
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. 
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). 
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. 
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. 
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. 
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. 
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Taubat Seorang Pencinta






Ya Allah
Ku tadah tanganku
Tunduk menghadapMu
Mengharapkan keampunan
Yang tulus daripadaMu

Titisnya mutiara jernih
Jatuh lembut mengusap pipi
Langsung ku suci diri ini
Dengan air mata taubat ku kini

Ya Rabbi.. Ya Ilahi..
Terimalah taubatku wahai Sang Pengasih
Ku rayu ku sujud hanya kepadaMu
Terimalah aku hambaMu yang hina
Yang mengharapkan cinta akan Tuhannya

Ku akui segala dosaku
Ku serah seluruh hidupku
Hanya untukMu Kekasihku
Oh Tuhan
Ampunilah aku

Ku mohon padaMu Ilahi
Berilah aku cahaya murni
Kan hatiku kukuh mengasihi
Syariat dan ukhrawi

Oh Tuhan Maha Penerima taubat
KepadaMu ku lukiskan
KepadaMu ku coretkan
Inilah taubat seorang pencinta


Buatmu Insan Bernama Lelaki


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh kami tak terkira.


Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,melindungi.


Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-mu'tasim kebanggaan wanita.


Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Wanita diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak berdaya.


Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.


Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas,binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama.


Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu,dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah.


Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-faruq,zunurain pejuang unggul.


Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.


Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertingkah.


Kembalikanlah lelaki dulu,
Berdiri menjajari barisan tenteramu,
Kembalikan mereka seperti dulu,

Acuan madrasah rasulMu........

Cuba Untuk Berubah

Saat mata kubuka perlahan,
Syukur ku masih diberi hidup,
Ruang untuk bernafas,
Di muka bumi-Mu Ya Allah

Lantas kutitipkan wudhu`
dan melangkah sujud pada-Nya
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah
Dan Engkaulah kami memohon pertolongan

Kuhadapkan wajah menuju kiblatku
Tangan kutadah menyeru nama-Mu
Ya Allah Ya Ghaffar
Ampunkanlah daku
Sesungguhnya hambuMu ini tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
Sering lalai dan leka
dengan muslimat duniawi yang tidak ke mana

Terasa air jernih menitis hiba
Mengenangkan kerdilnya diriku di sisi-Nya
Sesungguhnya
Dia yang Maha RAUF
Tiada walau sedetik melupai aku
Dia yang Maha 3Tawwab
Menerima taubat
Sekalian hamba-Nya
Sebelum Israfil meniup sangkakala

Hati ini… jiwa ini…
Masih lagi merintih
Lagaknya seperti bayi jerih bertatih
Resah nuraniku penuh persoalan
Yang aku sendiri tiada jawapan

Ya 4Dzul-Jalali
Apa aku bisa menjadi hamba-Mu
Yang lisannya setiap saat basah dengan zikrullah?
Apa aku bisa menjadi umat pesuruh-Mu
Yang senantiasa hidup dengan sunnah Muhammad Rasulullah?
Dan apakah aku bisa menjadi seorang Mukmin
Yang beramal dengan kitab-Mu seluruh hidupku?

Ya Allah
Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya aku tidak layak untuk syurga-Mu
Namun tidak pula sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ya Allah Ya Rabbi
Pancarkanlah nur-Mu ke dalam hidupku
Biarkan 5halawatul iman itu meresapi kalbu  
Kirimkanlah taufik dan hidayah-Mu untukku
Agar aku bisa berdiri teguh disirat-Mu

Sesungguhnya ibadatku, hidupku dan matiku
Hanya untuk-Mu Ya Allah
Di sini…
Di kiblat ini…
Aku cuba untuk berubah…

Monday, August 15, 2011

Bagaikan semalam....

Bagaikan semalam aku melihatnya berdiri di hadapanku,
Bagaikan semalam aku melihatnya bertukang di kampung,
Bagaikan semalam aku melihatnya memandu kereta ke pasar,
Bagaikan semalam aku melihat wajahnya yang ku sayang

Bagaikan semalam aku mendengar suaranya,
Bagaikan semalam aku mendengar senda guraunya,
Bagaikan semalam aku mendengar gelak tawanya,
Bagaikan semalam aku mendengar alunan Al-Quran dari bibirnya,

Bagaikan semalam aku mencium tangannya,
Bagaikan semalam aku memeluk erat tubuhnya,
Bagaikan semalam aku mengucup dahi luasnya,

Tapi hari ini Allah yg tentukan,
Hari ini semuanya atas ketentuan,
Hari ini hilangnya orang yg selalu menjadi teman hiburan,gurausenda dan gelak tawa.
Aku Redha Ya Allah...

Ya Allah ya tuhanku,
Dgn pemergiannya ya Allah,
Kau cucurilah rohnya ya Allah,
Kau rahmatilah kehidupannya,
Kau tempatkanlah dia bersama orang-orang yg soleh ya Allah.
Kau kuatkanlah hati-hati kami,
Kau tabahkanlah jiwa-jiwa kami.
Segalanya aku serah pada-Mu Ya Allah

Sunday, July 31, 2011

Sahur 2011

Alhamdulillah.....
First Ramadhan tahun nih,dpt ana bersahur dgn family,,,
kalau cam taon lps x dpt coz asrama x bg blik....ciann x...
ape pon...
Bermulanya Ramadhan tahun nih..kita tgk....
sama ada lbih baik atau sebaliknya....
Hari ni masih bercuti..
x planning pon nak buat ape-ape....
maybe kene kemas rumah kot....
mcm tongkang pecah...
almaklumlah....orang tgh gelabah nk puasa...
yg family ana nih gelabah kene pindah rumah...
pape tah kn....klaa
takde mende pon sebnrnye nih...
just isi masa sementara tunggu azan subuh....
Ana doakan semuanya berjalan dgn lancar hingga ke akhirnya.......Amin

ITU BUKAN CINTA

Jika kamu tidak bisa melepaskan pandangan daripadanya itu bukan CINTA  tapi KAGUM

Jika kamu berasa betah berlama-lama dan berbagi cerita dengannya itu bukan CINTA tapi KESEPEIAN

Jika kamu bersedia mengorbankan segala hal demi menyenangkan dirinya itu bukan CINTA tapi KEMURAHAN HATI

Jika kamu menerima pernyataan cintanya hanya kerana kamu tidak ingin menyakiti hatinya itu bukan Cinta tapi KASIHAN

Jika kamu tidak bisa berhenti memegang dan merabanya itu bukan CINTA tapi NAFSU

Jika kamu mengatakan padanya bahawa dialah satu-satunya yang kamu fikirkan dalam dunia itu bukan CINTA tapi GOMBAL

Jika kamu tersenyum dikala dia bahagia dan bersedih dikala dia terluka itu bukan CINTA tapi EMPATI

Cinta adalah bahasa sederhana seperti kata yang tak tersampai diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu

Cinta adalah bahasa sederhana seperti isyarat yang tak tersampai dikirimkan awan kepada angin yang menjadikannya hujan

Cinta adlah kematian atas egoisme dan egosentrisme menyakitkan kadang namun itulah harga yang pantas diberikan untuk sebuah cinta

kerana inti dari cinta hakikat mencintai bukan merubah apa yang kita cintai menjadi seperti apa yang kita inginkan namun membiarkannya menjadi dirinya sendiri jika tidak kita hanya akan menemukan bayang impian yang berusaha kita cocokkan dengan dirinya

Cinta itu suatu yang fitrawi kerana cintalah kita dapat menghirup segarnya udara dunia kerana cintalah kita dapat menikmati indahnya pelangi namun bukan bererti kita boleh menghalalkan sesuatu impian yang inginkita raih demi pencapaian ambisi peribadi lantas mengatasnamakan cinta

Saudaraku cintailah Allah..Cintailah zat yang meminjamkan kita nafas kehidupan yang selalu dengan menunggu sapa cinta kita yang tak pernah berkurang kadar cinta-Nya yang tak pernah letih mendengar keluh kesah Hamba-Nya meski terkadang kita terlupa mengagungkan asma-Nya

Saudaraku jika ada segenggam cinta yang kita miliki maka seluruhnya itu kita berikan pada yang Maha Kuasa Bukan menduakannya dengan makhluk yang lemah Berikanlah sepenuhnya cintamu kepada-Nya dan biarkan yang Maha Adil membaginya dengan bijaksana sandarkanlah hatimu pada-Nya.....


Saturday, July 30, 2011

Waktu yg semakin membimbangkan.....

Bismillah...
Bermulanyalaa nak menulis balik...
lgpon baru lepas berbengkel dgn Ustaz Sahrulazmi kat skolh hari tuh..
best die ajar buat buku,novel  and so on...

Bkn tu sebenarnya yg nk ditulis.....
Adalah satu hari ana berjalan-jalan kat skolh sorang diri...
bknnye feeling cume fikir....
mcm-mcm bende merepek ana fikir...
makan apelaa....baju baru laaa.....
lps tuh...ana terfikir pasal masa dan waktu...
x lme daa....ana semakin bsr...
bnyk perkara yg perlu diselesaikan...
Kalau dulu seolah-olah pertama kali menjejakkan kaki ke tadika...
x yah susah-susah nk pikir...
Semuanya perlu terus pada Allah....
Perbuatan...Percakapan...Lagikan NIAT dlm hati...
mmmmmmm...
cptnyelaa masa berlalu....
walau ape pon...bak kata org LAEN....Hidup perlu diteruskan
jgn sia-siakan...nnti abes laa masa..
Masa utk kitakan Allah cuma bg 24 jam jee sehari..
Manfaatkanlah sebaik mungkin...

Ya Allah,
Tempatkanlah aku bersama orang yang menghargai masa,
agar aku tidak melencong drpd mengerjakan ibadah,amal dan taqwa hanya untuk-Mu

updaters

nothing interesting again
sje je nk update x mende laa sgt
baru abes mkn2 dgn family...
sume ade atok,tokwan, nenek
sje je untuk bln Ramadhan.....
countdown jugak untuk ramadhan nih.....
kejp je lg....
ana po kjp je lg
huhuhuhuhuh  :p
kene blik asrama laa teruskn skolh...
mak oooiiiiiittttt
malas giler aar.......
dok mengadap komp pon boring......
ana ni mmg x btol laa
btw, Cikgu Mariam.. helps me with HISTORY...
damn i`m losing it.........

Friday, July 29, 2011

salam.....

Hahahahha....
setelah sekian lama..baru laa nk di update semula,
bknnye ape malas n iade x dtg..
so nothing so interesting laa...
just for the starting..
lg pon daa lme x tnye kabar sorry buat yg menunggu post terbaru ana lme-lme...
k.......cuti skjp jee x lme pon...
daa dkt ramadhan.berpusalah kita yee
semoga kali ini lebih baik dri yg taon lps..

Sunday, June 5, 2011

Welcome Back !!!!!

Salam....

Da lme ana x menulis kat blog ni..daa laen rasanya....mmmm...lg pun mse pon makin cepat bnyk perkara yg perlu diselesaikan.....

Monday, May 2, 2011

Isabella

Kali ni,ana ingin berkongsi cerita tentang seorang gadis kristian yg mencari punca kebenaran.Antara kristian dan islam mana satu yg benar????? soalan kerap kali bermain di kepalanya.Dia merupakan anak seorang paderi gereja di Cordova.utk memendekkan cerita, Allah melimpahkan hidayah dlm hatinya dan terbuka hatinya utk menrima Islam.....tetapi cerita ini tidak abis di sini.Keislamannya diburu oleh bapanya, cerita ini amat menyayat hati dan membuka minda ana tentang perbezaan Islam dan kristian..jalan ceritanya yang hebat serta endingnya yang menakjubkan.....

Salam pertemuan....

akhirnya dapat lg ana menulis di sini....rindu rasanya.yelah sebagai pelajar yg dibebani dgn tugas dn kerja skolh sampai xde masa nk menulis.....harap maaf pd yg kerap menziarah.......

Saturday, April 16, 2011




Hatiku

Bismillah

Ya Allah
Aku terbangkan cintaku buat-Mu
Aku hamparkan hatiku buat-Mu
Sujud malamku titipkan buat-Mu
Dalam mengejar cinta hakiki....

Ya Allah
Berikanlah hidayah buat kehidupanku
Pandukan aku ke jalan yang benar
Titipkan aku ke syurga firdaus-Mu
Aku hamba yang lemah...

Ingin ku hamparkan cintaku hanya untuk-Mu..........

Muslimah Pilihan Hati........




Dikala Iman Tergoda



Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika adzan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di shaff terdepan. Solat wajib ia laksanakan dengan ruku’ dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah.

Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jamaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid. Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul “Langitpun Tergoncang’. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul. Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah “Bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan mati esok.”

Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah saw ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid’ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa mengganti hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya? Allah swt yang menciptakan, maka sudah barang tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah. Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi Allah.


Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli. Sikapnya itu membuat para wanita menjadi penasaran dan justru banyak yang ber-tabarruj di hadapannya. Kedua wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahwa mereka telah sampai kepada tahap ghibah.

Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT. Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya sang pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya.

Saat pensyarah mengabsen satu persatu, tahulah Ali bahwa gadis itu bernama Nisa. Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup keras. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Qur’an dan Rasulullah saw dalam hadits. “Astaghfirullah… !”, Ali beristighfar. Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khawatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah panah-panah iblis.


Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Utsman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan Utsman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali. “Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali”, tekad Nisa dalam hati.


Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali. Kerana menganggap Nisa adalah ladang da’wah yang potensial, Ali menanggapi dengan senang hati. Hari berlalu… tanpa sengaja Ali memandang Nisa.


Ada bisikan yang berkata, “Sudahlah pandang saja, lagipun Nisa itu tidak terlau cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu”


Namun bisikan yang lain muncul, “Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita.” Ali gundah.



“Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, pikiran dan hatiku ini berzina.”


Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik… , hanya adik. Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat… Hampir setiap hari, Ali dapat dengan bebas memandang Nisa.

Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disadarinya, ia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama…, tak ada teman berbicara dengan tawa yang renyah.., tak ada…wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar keras, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati…kerana ia… mencintai Nisa. Bisikan-bisikan itu datang kembali…

“Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan sampai kamu terjerumus zina hati…! Cintamu bukan kerana Allah, tapi kerana syahwat semata.”


Tapi bisikan lain berkata, “Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dilewatkan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melewati masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu berpacaran kan secara sihat, secara Islami..

Benar juga..” Ali mengangguk-anggukkan kepalanya.


“Manalah ada pacaran Islami, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?”, bisikan yang pertama terdengar lagi.


Terdengar lagi bisikan yang lain, “Terlalu banyak aturan! Begini zina, begitu zina. Jika langsung menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu baru kuliah tahun pertama. Nikah susah!”


Terdengar bantahan, “Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan jodohmu. Contohlah Rasululah SAW, hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan.”


Bisikan lain berkata. “Bla.., bla.., Ali,… masa muda.., masa muda…, jangan sampai disia-siakan, rugi!”


Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita. Ali mengangkat gagang telefon. Jari- jarinya bergetar menekan nomor telepon Nisa.

“Aah.., aku tidak berani.” Ali menutup telefon.


 Bisikan itu datang lagi, “Menyatakannya, lewat surat saja, supaya romantis…!”


“Aha! Benar! “ Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu.

Esoknya, Utsman mengantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, lalu Utsman berkata, “Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lah. Sudah jadi akhawwat!” Ali terkejut mendengarnya, namun rasa penasarannya membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada merenungi ucapan Ustman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras.

Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Qur’an, isinya : “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An Nuur : 30)


“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.”(QS. Al Mu’minuun : 19).

Ali menghela nafas panjang… Astaghfirullah… Astaghfirullah… Hanya ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh terlarang. Memandang wanita yang bukan muhrim. Ya Allah… kami dengar dan kami taat. Astaghfirullah…






Ana Benci....

Assalamualaikum....

mmmm.....lme daa tak jenguk blog nih...rindu rsenye....ape khabar semua...sehat????
skrng ana tgh berusaha utk meningkatkan prestasi ana dlm akdemaik mahupun quran.Doakan ana yee...amin..

Skrng nih..mcm-mcm bende jd....ana peninglah ...ana benci giler...ana benci bila org yg baik kene fitnah.org yang wat fitnah tuh mmg giler btol laa...bayangkan 2 org yang baik dgn kita,yang syg dkt kita tp sbnrnye antara mereka nih ada konflik yg berlaku....kita nk bela yg mne..pening an...Memanglah,ana tau kita kene bela yg bnr tp skrng nih kesucian kebenaran pun susah nk terungkai lg laa dgn bende yg cmni..Ana pasrah..

yg sorang tu baik, giler2, peramah, boleh buat kwn, x penting kn diri....hebat die nih....
yg sorang lagi tu baik, bijak, berkepimpinan, alim ckit, qudwah hasanah tp dia seolah-olah menunjuk,ntahlaa ana x taw...mungkin cara die...tp jijik aar...die pikir die sorang jee...bengang giler ana.mmg ana hormat die..tp.........

tulah kn dunia ni complicated giler...buat kita tersepit antara due belah pihak....hati nih seolah-olah terpaksa dibelah dan dibagi....(berbelah bagi)....

kadang-kadang kita x sedar mungkin perkara yg kita buat tuh yg sbnrnye menjerat diri kita sendiri. yelah manusia  ni slalu alpa dan x lari dri kesalahan. sbb tu kene slalu taubat walaupun rse diri kita nih daa "bersih"...

sorry buat yg trase....tlg amik iktibar....

Saturday, March 19, 2011

SUMBANGSIH . . .

Di sinilah tempat kubermula
Menimba ilmu milik Yang Esa
Buat bekalan dunia
Akhirat jua tidak dilupa

Kedengaran sayup berkumandang
Suara anak-anak wawasan
Akan kami buktikan
Kecemerlangan dan kejayaan

Bersatu hati suara
Tercipta sumbangsih irama
Renungan buat semua
Tanda ingatan nan mesra

Salam yang teristimewa
Buat temanku semua
Penuhkan ilmu di dada
Hidupmu bakal sejahtera

Sekalung budimu guru
Menyampaikan wadah ilmu
Akan kukenang selalu
Jadi panduan hidupku

Bersama kita jayakan
Satu wawasan pendidikan
Untuk agama dan bangsa
Berbakti pada negara

Terima kasih kami ucapkan
Pada guru teman seperjuangan
Moga kan diberkati... 
Jasa dan bakti kekal abadi

Cinta Kudus

Titisan rindu hiasi taman kasih 
Tanda Illahi merahmati cinta abadi
Seharum kasturi seindah pelangi 
Sedamai hati memiliki cahya Illahi
Kurnia Tuhan untuk hambaNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi di jiwa 
Bagai butir permata yang indah 
Terang sinarnya malam senja 
Iman dan taqwa saksinya

Bagai air yang mengalir tiada akhirnya
Janji kepastian suka duka dijadikan iktibar
Di hujung penantian kecapi gemilang 
Mekar di hati indah buana dirahmatiNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi di jiwa 
Bagai butir permata yang indah 
Terang sinarnya malam senja 
Iman dan taqwa saksinya

Impian inginkan melihat ketenangan
Hidup bahagia penuh kasih dan sayang 
Mimpi kedamaian harap kenyataan 
Seluruh insan menjalinkan ikatan 
Kurnia Tuhan untuk hambaNya

Cinta kudus kan terus bertakhta
Bersemi mewangi dijiwa 
Bagai butir permata yang indah 
Terang sinarnya malam senja (2x)

Terus bertakhta...

Pesanan Untuk Orang Cantik


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
 

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. 

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. 

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!


Cerita Hati . . .

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi



Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta 



Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Friday, March 18, 2011

waktu...

Bismillah...

Assalamualaikum.Cuti seminggu ni rse lain lah, mungkin  tak banyak masa terisi kot.Semuanya perlu diperbaiki.Nampaknya ana kena blaja mengurus waktu....bknnye nak ckp ana tak reti mungkin caranya yang salah atau kurang memuaskan.

Semalam tu kenangan...hari ni kenyataan....esok tuhan yang menentukan....
Perkara semalam perlu diperbaiki untuk menjadi yang terbaik dan lebih baik..
Hari ini suatu perkara yang perlu dilalui..cabaran yang menanti, menguji kesabaran, ketabahan dan ketulusan hati...
Hari esok...mmmm....entahlaa..kita hidop ke mati ker..bknnye kita tahu...yang penting kita kena sentiasa untuk menantikn ujian dan segala yang bakal mendatang......

Semoga senyum n ceria slalu.......   :)

Thursday, March 17, 2011

PELIK.....

Bismillah...

Assalamualaikum...
Peliklaa, kenapa kita kena jaga semua benda walaupun bukan kita punye.Tak kisahlaa ape bende tuh barang yang konkrit ke bende abstract ke...tapi kita yg kene jaga.Bknnye nk kata kita pentingkn diri sendiri tapi kita ada hidup kita sendiri yang perlu kita uruskan.Sememangnya kita tahu tugas kita kat muka bumi nih sebagai khalifah untuk beribadat pada ALLAH.Kita tlah disebukkan dgn bnyk perkara.Kadang-kadang...certain org tuh reti amik kesempatan atas kebaikan kita...kita daa wat baik tapi dia tikam kita dari balakang...hhhmmmm
mungkin inilah yang dikatakan pentas dunia.

Ana serik aar...kalau mcm nilah gayanya,susah islam nak bangun balik mcm dulu.Semuanya nak jd pengkhianat semata-mata harta dan jawatan yang sementara....mmm

......

Aku masih mencium bau syurga,
Wanginya merasuk ke dalam sukma,
Aku ingin masuk ke dalamnya dan menunggumu untuk bercinta,
Dengan kerelaan Tuhan untuk selama-lamnya....

Saturday, March 12, 2011

Kata-Kata Penuh Keyakinan

Bismillah...

Assalamualaikum.Entry kali nih menyentuh tentang sifat YAKIN yang ada dalam diri kita.Ana tertanya-tanya sejauh mana keyakinan ana dalam ibadah...sejauh mana keyakinan ana dalam amalan.....sejauh mana keyakinan ana dalam kata-kata ana dan sejauh mana keyakinan ana pada ALLAH s.w.t.Dah lebih 14 tahun ana hidup,betul ke ana ni betul-betul yakin.Segala ini ana peroleh dari sedikit pembacaan buku.Ana pon bukannya orang yang bijak menilai.Jadi kalau ada yang tidak berpuas hati atau pun patut ditunjuk ajar silalah comments..jgn malu-malu.

Seperti yang kita tahu,seorang muslim sejati hidup dalam keyakinan.Ia yakin kepada ALLAH juga kepada dirinya.Dan setiap kali melakukan suatu pekerjaan, ia akan melakukannya dengan penuh keyakinan.Dan setiap kali mengucapkan sesuatu.ia akan mengucapkan ia dengan penuh keyakinan.

Otak manusia bekerja ibarat sebuah supercomputer yang sangat canggih.Ia memproses setiap kata yang kita masukkan (input) lalu merealisasikannya dalam bentuk aktiviti zahir.Apabila kata-kata itu tegas dan jelas maka otak kita dapat segera melaksanakan tugasnya dengan baik.

Jika kita masukkan kata-kata penuh keyakinan seperti "saya akan melakukan ini", maka otak segera memproses perintah itu secara automatik.Otak lalu mengirimkan pesan kepada seluruh tubuh kita agar mereka mewujudkan kata-kata itu dengan sempurna.

Namun ,apabila kalimat yang kita masukkan tidak jelas,yakni dipenuhi dengan keraguan dan ketidakyakinan seperti "saya akan cuba melakukannya", maka otak kita sukar memproses perintah ini dan menterjemahkannya dalam bentuk perbuatan.Akibatnya,tubuh manusia tidak dapat melakukan tugasan itu dengan sebaik-baiknya.Malahan,sejak awal lagi telah membayangkan kegagalan lalu mencari alasan untuk memaafkannya."Saya sudah mencuba,agaknya ini bukan bahagian saya".

Inilah yang sepatutnya di ambil perhatian dalam kehidupan kita.Kata -kata yang sering menggagalkan usaha kita.Jangan jadikan ia alasan Untuk kita tidak berjaya.  SEKIAN

SALAM......

Pisang Dan Hati

Bismillah....

Assalmualaikum.Kali ni daa cuti sekolah.Ana ada kat rumah.Alhamdulillah,ana dapat jumpa keluarga ana and sahabat lama.Baru jee bukak blog,ana ada satu cerita yang agak menarik.walaupun sekadar "PISANG" tapi bagi banyak pengajaran untuk kita semua....SEMOGA DIHAYATI...

Ceritanya bermula begini.Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan sebuah permainan yang agak menarik untuk murid-muridnya.Setiap orang diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.Jadi, jumlah pisang yang dibawa bergantung pada jumlah orang yang dibenci.

Keesokannya, setiap murid membawa beg plastik yang berisi pisang masing-masing.Ada yang bawa tiga biji,ada yang bawa lima biji dan yang paling banyak lapan biki.Semuanya siap tertulis nama orang yang mereka benci.

"Sekarang,simpan pisang tu.Jangan lupa untuk bawa kemana sahaja kamu pergi selama seminggu.Selepas seminggu kita akan tahu keputusannya." Beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing ke dalam beg.

Hari demi hari berlalu,pisang tersebut akhirnya menjadi berbintik-bintik dan busuk.Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,badan juga berbau busuk.Ada yang menangis enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, murid-murid Maryam sudah bersorak kerana permainan sudah tamat.Tidak ada beban dan bau busuk yang perlu di bawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang di dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.Mereka hilang kawan,sering diejek dan terpinggir.Lebih teruk lagi terpaksa mandi,makan,main dan tengok tv bersama bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci terhadap orang lain dalam hati.Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan bawa ia ke mana sahaja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak sanggup tahan hanya dengan bau pisang untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan sepanjang hidup kamu." beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak-anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci dari membebani hidup.Kemaafan adalah yang terbaik.Menyayangi lebih baik daripada membenci.Moralnya jangan letak pisang dalam beg, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan segala yang mazmumah dalam hati.Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga hati.

Salam.....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...