Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Saturday, February 26, 2011

Gagal Bercinta atau Gagal Mengenal Cinta

Assalamualaikum.....

Ana tertanya-tanya sama ada kita nih gagal bercinta atau gagal mengenal cinta.Tau ke kita erti cinta tuh sebenarnya...

Tidak ada sesiapa pun yang dapat melarikan diri dari mencintai dan dicintai.Ia adalah fitrah - semua manusia terdorong untuk menikmati cinta.Cinta adalah satu rasa yang paling asyik yang bertandang dalam hati manusia.Kemuncak cinta - ada orang yang masuk syurga kerana cintanya.Dan tidk kurang ramai juga yang akan dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cintanya.Soalnya,cinta yang bagaimana boleh membawa seseorang ke syurga?,dan cinta yang bagaimana pula yang boleh menghumban manusia ke neraka?

Datangnya cinta dari dua sumber.Pertama dari hawa nafsu dan kedua dari ALLAH.Cinta yang diilhamkan oleh nafsu terjadi bila hati kotor,sering melakukan dosa dan tidak mahu bertaubat.Cinta nafsu walaupun tiduk kurang "asyiknya" tetapi ia tidak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia.lebih-lebih lagi di akhirat.Apa yang datang dari nafsu tidak dapat lari dari sifat tabi`enya yakni sentiasa mengjak kepada kejahatan.Firman ALLAH :

"Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan."
(Yusuf 12:35)


Malangnya cinta inilah yang sering digembar-gemburkan,diiklankan,dipromosikan dan diagung-agungkan dalam kehidupan masakini.Cinta ini murahan.Cinta yang hanya berfokus pada daging,urat dan kulit. - bukan menjunam ke dalam hati yang bersifat suci dan murni.Cinta murah ini bersifat sementara,sedangkan cinta yang mahal adalah yang bersifat kekal.....SEKIAN

SALAM...

Andai Seorang Lelaki itu Datang...


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...

Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"
TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...
"Duhai semua wanita.muslimah dan perempuan.Ingatlah semua perkara ini bukannya suatu mainan atau gurauan.Jangan ambil mudah tentang perkara ini.Takut-takut menimpa anda suatu hari nanti.Semoga dapat dihayati dan diaplikasikan..SEKIAN"
SALAM.....

Kisah Tukang Gunting Rambut

Assalamualaikum...

Semoga semua sahabat ana sihat sentiasa.Kali ini ada ada cerita yang agak menarik tentang seorang jejaka bersama seorang tukang gunting rambut.Hayatilah kisah ni dan amati pengajarannnya...

Kisah ini bermula di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk miskin.Suatu hari,seorang lelaki yang bernama Fauzan (bukan nama sebenar) datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya.Dia pun menggunakan perbualan dengan tukang rambut yang melayaninya.Perbualan mereka menjadi semakin hangat.Pelbagai perkara yang diperbualkan sehingga Tuhan menjadi subjek perbualan.

"Encik,saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi." Kata si tukang gunting.

"Mendengar ungkapan itu Fauzan terkejut dan berkata "Mengapa kamu berkata demikian?"

"Mudah saja,cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada.Tolong jelaskan pada,kalau Tuhan itu ada,mengapa ramai orang sakit? mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada,tentu tidak ada orang sakit dan tidak ada sebarang penderitaan di negara ini.Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi????" Ungkap si tukang gunting dengan nada yang angkuh.

Fauzan pun terdiam dan berfikir tentang apa yang dikatakan oleh tukang gunting tadi.Namun,dia tidak memberi sebarang respon agar perbualan tidak semakin rancak lagi.

Setelah tukang gunting rambut itu selasai melakukan kerjanya,Fauzan pun berjalan keluar dari kedai itu.Bru beberapa langkah,dia terserempak dengan seorang lelaki yang berambut panjang dan kusut masai.Tercetus di fikirannya mungkin lelaki itu sudah lama tidak ke kedai gunting rambut dan itu yang menyebabkan tidak kemas.

Fauzan kembali masuk ke dalam kedai dan berkata kepada tukang gunting itu,"Tukang gunting juga tidak ada sepertimana kamu katakan Tuhan itu tidak ada!"

Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Fauzan sebentar tadi."Mana mungkin mereka tidak ada.Buktinya saya disini.Saya di sini dan saya adalah seorang tukang gunting."Bentak si tukang gunting itu.

"Tidak,mereka tidak ada,kalau mereka ada tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang dan tidak kemas itu." kata Fauzan dengan tegas sambil menuding jarinya kearah lelaki kusut diluar sana.

"Ah,merepek saja,gunting rambut ada di mana-mana.Yang terjadi kepada lelaki itu adalah kerana dia yang tidak mahu berusaha,datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk menggunting rambutnya." Jawabnya sambil tersenyum.

Tepat sekali,itulah jawapan kepada soalan awak tadi.Tuhan itu memang ada.Yang terjadi kepada manusia ialah mereka tidak mahu berusaha dalama hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan Ilahi.Itulah sebabnya kenapa ramai manusia yang mengalami penderitaan."Tegas Fauzan.

Mendengar kata-kata Fauzan membuatkan tukang gunting membisu dan tidak berkata.

Banyak pengajaran yang kita dapat.Semoga dapat dihayati.

SALAM...

Friday, February 25, 2011

BUAT HATI YANG KETANDUSAN CINTA


Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

Bertemu Kembali....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,dapat kita jumpa kembali selepas kita dipisahkan dengan urusan dan kerja masing-masing.Ana memang tak tahu nak cerita pasal ape...Kalau pasal ana,apa yang  bestnye..???? Kalau pasal sekolah,banyak sangatlah pulak...Kalau pasal rumah...pasal ape???

Sekadar untuk mengisi post baru jee..Sebarang idea akan ana hamparkan dalam blog ni..OOOO, ye tak ye,kemenangan firqah USAMAH BIN ZAID dalam KAMIL peringkat sekolah.alhamdulillah.Berkat segala kerjasama dan usaha,kemenangan berpihak pada kami.Pengorbanan dalam melakukan latihan dan sebagainya.Tahniah buat semua ahli firqah...semoga kejuaraan dapat terus dikekalkan dan usaha dapat ditingkatkan lagi dalam masa akan datang.insyaallah..

SALAM

Saturday, February 5, 2011

Kalimah Cinta

Pepohon cintaku kian merimbun,
Semakin dicantas makin bertunas,
Tidak mampu mendustai hatiku,
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta yang hadir di jiwa
tanpa dipaksa,
Hidup ini tidak akan sempurna,
Tanpa cinta dari Tuhan yang esa

Adam Hawa bercinta di syurga,
Angkara iblis terpisah menderita,
Kerana cinta mereka setia,
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal Rasulnya,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga

Oh indahnya cinta...


Adam Hawa bercinta di syurga,
Angkara iblis terpisah menderita,
Kerana cinta mereka setia,
Bertemu di dunia

Setia cintanya,
kerna yang Maha Esa

Dengan cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal Rasulnya,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga

Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa,
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa,
Di batasan cinta syariat terjaga,
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan,
Betapa agungnya kebesaranMu,
Diri ini mengharapkan cintaMu,
Kekalkanlah rasa kehambaanku

Kekalkanlah rasa kehambaanku...




Friday, February 4, 2011

Harapan Cinta Muslimin

Yang dicari,
walau bukan bidadari,Biarlah serikandi islami,
Yang diimpi,
Biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata,
Yang dinilai,
Bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani,sempurna hati,
Yang diharap,
Bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat,
Yang datang,
Tak perlu Nisa yang terbilang,
kerana ana muslimin dengan silam yang kelam,
Yang dinanti,
Bukan hati bersalut permata,
cukuplah akad dan janji setia,
dan yang akan terjadi,
Andai tak sama kehendak hati,
Ana redha ketetapan Ilahi,
Itulah ketentuan sejak azali....

Sejujur Kata,Seluhur Hati

Assalamualaikum...

Kali ini ana ada terbaca cerita yang ana rasa patut dikongsikan kat blog ana ni.Cerita ini mengisahkan seorang jejaka dan seorang gadis jelita.Ana begitu terharu dan terdetik dihati ana untuk merubah diri ana sendiri.Semoga dapat dihayati....

Ceritanya bermula begini...Pada zaman dahulu,ada seorang jejaka yang suka membaca buku dan selalu menghabiskan waktunya di perpustakaan di waktu lapang.Dia amat suka membaca novel dan buku cerita.Pada suatu hari,dia ada terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis.Tertulis disitu, "Catrina,ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu.Setelah pulang ke rumah,jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat untuk berkawan dengan gadis itu.Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan.Persahabatan mula bertukar pada perasaan sayang.Namun begiru,mereka masih belum pernah bersua muka.Si jejaka ingin sekali bertemu dengan si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis.Walaupun kedua-duanya masih belum melihat rupa masing-maisng,tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari,si jejaka dipanggil oleh bala tentera ke medan perang.Si jejaka berasa amat susah hati kerana dia bimbang dia tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya itu.Maka diutuskannya sepucuk surat yang berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita,dan masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti.Aku akan memakai pakaian tenteraku dan memegang sekuntum mawar berwarna merah.Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mwar berwarna merah.Setelah itu izinkanlah aku untuk membawamu makan malam dan berjumpa dengan orang tuaku."

Maka pergilah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian,

Pada hari pengumuman perang tamat,si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan dengan memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya.Diperhatikannya seorang demi seorang gadis di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba si jejaka ternampak seorang gadis tang agak berisi,sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang.Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah.Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah.Si jejaka amat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya,namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"Gadis itu melihat kearah si jejaka dan tersenyum ceria.Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "Aku amat merinduimu.Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibubapaku.Orang tuaku tidak sabar lagi untuk bertemu denganmu." kata jejaka itu.Si gadis tersenyum lagi dan berkata "Aku tidak tahu apa yang terjadi tetapi ada seorang gadis jelita yang memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi.Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restorang di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".

Berapa ramaikah lelaki yang hatinya seperti ini..Dia melihat kepada hati bukannya rupa...Dia tetap mengotakan janjinya dan tetap berpegang pada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan yang gadis cacat itu adalah Catrina.Semoga cerita ini dapat jadi tauladan buat semua.


Assalamualaikum...

Wanita Ibarat Bunga

Pesanan buat semua muslimah.....

Wanita ibarat bunga...
Cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara
Yang kekal menjadi pujaan manusia..hanyalah
wanita yang mulia akhlaknya...kerana akhlak itu umpama bunga diri...
Tiada guna berwajah cantik tapi berakhlak buruk...tiada guna juga berwajah cantik 
tapi hati kosong dari ilmu..
Ibarat bunga.....
Ada yang cantik bila dipandang tapi baunya....
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang
menyenangkan....
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.....
tetapi bila dihalusi dengan mata hati,
ternyata amat tinggi nilainya....

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki acuan Al-Quran
Basah lidahnya mengingati tuhan,
Tunduk pandangannya penuh
kesederhanaan...

Lelaki acuan Al-Quran
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan,
Quran dan sunnah jadi panduan,
Akhlak nabi jadi ikutan...

Lelaki acuan Al-Quran
Hidup matinya kerana tuhan,

Lelaki acuan Al-Quran
Jadi teladan sepanjang zaman,
Jadi teman di perjalanan...

Sekadar Singgahan

Assalamualaikum..

Semoga antum semua sihat wal-afiat.Sekadar untuk singgah sebentar.Ana tak de banyak bende nak tulis tengah blank.Ana asif jiddan.

Satu hari,ana terfikir bagaimana sebenarnya persepsi orang lain terhadap diri ana.Sempurnakah ana?baikkah ana?celuparkah ana?Hampir setiap hari ana memikirkan " Ya ALLAH, dapatkah temanku menerima aku seadanya."Ana seorang yang sukar untuk berdiam diri.Tapi dapatkah orang lain menerima sikap ana.Sememangnya susah untuk memahami orang lain.Orang disekeliling kita ada yang susah ada yang senang.Gelombang arus dunia memang susah nak diduga.Susah nak diramal.Bertolak ansurlah kita...jangan terlalu pentingkan diri sendiri.

Semoga dapat dijadikan pedoman dan tauladan...SALAM

Wednesday, February 2, 2011

Kembali..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama berpisah,akhirnya dapat kita bersua sekali lagi dalam takdir Allah ini.Sekarang tengah cuti raya cina..sekolah ana pon cutilah sebab cuti umum.Tahun baru ni,macam-macam kena buat, muqarar quran, akademik, kerja..Kau Bantulah Aku Ya Allah.

Tak banyak sebenarnya yang nak diceritakan.Sekarang umur ana makin meningkat,ana pon dah jadi abang.Pelbagai gelagat adik-adik kat asrama tuh.tak terlayan.Kawan-kawan pon makin berkeranah apalagi senior-senior kat asrama tuh.

Ana doakan semoga semua yang ditakdirkan tahun ini akan menjadi pedoman dan tauladan buat ana Insyaallah..
SALAM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...