Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Tuesday, August 16, 2011

Buatmu Insan Bernama Lelaki


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah,
Tokoh kami tak terkira.


Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga,melindungi.


Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-mu'tasim kebanggaan wanita.


Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Wanita diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak berdaya.


Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.


Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas,binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama.


Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu,dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad,tekun berdakwah.


Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-faruq,zunurain pejuang unggul.


Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.


Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertingkah.


Kembalikanlah lelaki dulu,
Berdiri menjajari barisan tenteramu,
Kembalikan mereka seperti dulu,

Acuan madrasah rasulMu........

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...