Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Friday, September 30, 2011

adoi haiiiii.....

alhamdulillah...dpt balik rumah minggu nih...walaupon x dpt balik seminggu untuk PMR tp `abi` kata sekolah ni lain sikit...maybe something a little bit special...tp lantaklaa yg penting..ana kena terus mujahadah dalam pelajaran...especially Quran.

Next, dalam waktu kita belajar nih, mcm2 perkara mendaang yg tidak dijangka..secara tetiba ataupon satu per satu..semuanya ketentuan Allah...yang penting pasrah dan redha...

Kenapa yee manusia nih susah sgt nak taat.Taat dgn ibu bapa, guru, org tua dan yg lebih utama Allah.Kalau ade jee perkara yg tidak memuaskan hati, mesti memberontak, mesti mogok..ana sendiri tak phm..Tak timbul ke rasa bersalah terhadap `org` itu...Ana bukan nk cuba attack sesiapa tp kita masing2 perbetulkan diri masing2.Ana pon kadang2 bersalah tp ape salahnya sekali-sekala kita beralah.Sedangkan Rasulullah dulu sepanjang hidupnya sering kali berkorban tak kira dari segi hati dan perasaan atau perkara2 lain...Cuba dalam sesuatu perkara tu kita pule yg beralah...

Kesimpulannya..berfikir sebelum bertindak dan kadang-kala mengekalkan sifat TAAT dalam diri lebih baik dari memberontak dan MOGOK.......

Saturday, August 27, 2011

first journal on BLOG

Assalamualaikum.....

Representing my first journal on the blog....
actually this journal is dedicated to the one and only my english practical teacher...Miss Nasuha Lanna
This is the journal that i promise you to be continued.....

Dear teacher,
              it just how many days that we going to celebrate hari raya...i feel like the time is to fast.i really do not know why it just i know that the time will still moving and never stop untill the day it should be.just some short journal.i still don`t have what to write.STILL not reached my mind...i hope you smile always..as i said

 Thousands  Smiles......Never Say Goodbye

Friday, August 26, 2011

Remembering Old Friends

Salam.....Entry ini khas buat teman-teman lama ku yg skrng bersepah ntah ke mana..huhuh
ana hrp korang sehat slalu....
lmex lme, dah nk dkt dua tahun daa kita berpisah
Lps ambil result semua ambil jln masing-masing
ade yg pegi sana,ade yg pegi sini and ade yg x kemana pon..huhuuh (sorry buat yg terasa)
lme sgt daa x jmpe....nk wat reunion tp masa slalu potong...kacau line btol laa
dri grup D` ROCK ANGEL...atiqah,shaf,irfah,farra,iffa,hani,athirah,farzana, sampai bdak NO BACTERIA...ahlinye ramai giler...ammar,haikal,syahmi,aiman,haris and others...oooo....sblm terlupa..geng bdak pling bajet kat skolh tuh...SAHAM...stand for Shaqif,Azim,Haikal,Amir,Muhaimin kalau x slp laa..huhuhuh
rindu giler kat korang....

Raya tahun ni..harap korang happy and jgn sedey-sedey...
aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..
harap korang maafkan...
segala bende slh yg aku buat kt korang. aku marah korang ke sorry sgt-sgt...
halalkan makan minum yg korang blnja aku kat kantin tuh....
waktu yg aku spend ngan korang....
hope you guys forgive me....




HOPE WILL BE UNITE AGAIN ONE DAY....

posting updates....

salam.....
singgah dan rehat sebentar bersama blog...
sekejap jee daa 26 ramadhan...
syawal pon bakal tiba.....
apalah yg dpt ana lakukan spnjng ramdhan taon...
rsenye lbh baek dri taon lps ke x ???
semua tuh bkl jd persoalan dan perlukan satu jawapan...

Tuesday, August 16, 2011

Cuti hari rabu...

Salam semua....
pg yg ceria,segar
Solat Subuh dah...sahur pon dah...alhamdulillah...
The last day i`m at home...
ptg nih nk kene blik daa....sob sob sob..
bilelaa agaknya dpt jmpe lg...
x sabar nk tunggu raya...

In the same times, mengenangkan raya tahun ini yg tanpa atok....
huhuhuhuhuhuhu
cmne laa yee...slalu nk gi solat raya, mesti bawa atok
tahun ni..........
slalu duduk ramai-ramai,mesti ada atok
tp tahun ni......
slalu nmpk atok mkn dkt meja bsr dgn semua tokwan,ayah,ibu,paklong,mummy,pakteh.makteh,walid,umi and maksu......
tp tahun ni.....
mmmmmmmmmmmmm

Semoga kami sekeluarga lebih tabah meniti hari-hari yg mendatang.....Amin

Nilai Tudung Seorang Wanita







Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. 

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. 
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. 
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. 
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. 
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. 
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya. 
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? 
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. 
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. 
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. 
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). 
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. 
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. 
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. 
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. 
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

Taubat Seorang Pencinta






Ya Allah
Ku tadah tanganku
Tunduk menghadapMu
Mengharapkan keampunan
Yang tulus daripadaMu

Titisnya mutiara jernih
Jatuh lembut mengusap pipi
Langsung ku suci diri ini
Dengan air mata taubat ku kini

Ya Rabbi.. Ya Ilahi..
Terimalah taubatku wahai Sang Pengasih
Ku rayu ku sujud hanya kepadaMu
Terimalah aku hambaMu yang hina
Yang mengharapkan cinta akan Tuhannya

Ku akui segala dosaku
Ku serah seluruh hidupku
Hanya untukMu Kekasihku
Oh Tuhan
Ampunilah aku

Ku mohon padaMu Ilahi
Berilah aku cahaya murni
Kan hatiku kukuh mengasihi
Syariat dan ukhrawi

Oh Tuhan Maha Penerima taubat
KepadaMu ku lukiskan
KepadaMu ku coretkan
Inilah taubat seorang pencinta


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...