Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Saturday, March 12, 2011

Pisang Dan Hati

Bismillah....

Assalmualaikum.Kali ni daa cuti sekolah.Ana ada kat rumah.Alhamdulillah,ana dapat jumpa keluarga ana and sahabat lama.Baru jee bukak blog,ana ada satu cerita yang agak menarik.walaupun sekadar "PISANG" tapi bagi banyak pengajaran untuk kita semua....SEMOGA DIHAYATI...

Ceritanya bermula begini.Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan sebuah permainan yang agak menarik untuk murid-muridnya.Setiap orang diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.Jadi, jumlah pisang yang dibawa bergantung pada jumlah orang yang dibenci.

Keesokannya, setiap murid membawa beg plastik yang berisi pisang masing-masing.Ada yang bawa tiga biji,ada yang bawa lima biji dan yang paling banyak lapan biki.Semuanya siap tertulis nama orang yang mereka benci.

"Sekarang,simpan pisang tu.Jangan lupa untuk bawa kemana sahaja kamu pergi selama seminggu.Selepas seminggu kita akan tahu keputusannya." Beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing ke dalam beg.

Hari demi hari berlalu,pisang tersebut akhirnya menjadi berbintik-bintik dan busuk.Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,badan juga berbau busuk.Ada yang menangis enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, murid-murid Maryam sudah bersorak kerana permainan sudah tamat.Tidak ada beban dan bau busuk yang perlu di bawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang di dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu.Mereka hilang kawan,sering diejek dan terpinggir.Lebih teruk lagi terpaksa mandi,makan,main dan tengok tv bersama bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci terhadap orang lain dalam hati.Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan bawa ia ke mana sahaja kita pergi.Jika kamu sendiri tidak sanggup tahan hanya dengan bau pisang untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan sepanjang hidup kamu." beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak-anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci dari membebani hidup.Kemaafan adalah yang terbaik.Menyayangi lebih baik daripada membenci.Moralnya jangan letak pisang dalam beg, jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan segala yang mazmumah dalam hati.Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga hati.

Salam.....:)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...