Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Friday, December 31, 2010

2010...Kenangan yang Membawa Seribu Pengalaman

Bismillah....

Assalamualaikum.Selamat pagi.Pagi yang indah ini telah berubah.Sebelum ini "2010" tapi pada hari ini 2011.Alhamdulillah...!!! Ana bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi peluang kepada ana untuk meneruskan hidup ana dalam mengejar cita-cita dan beribadah kepada-Nya.ALLAH masih memberi peluang untuk ana menikmati udara-Nya, menikmati keindahan ciptaan-Nya, menghayati keagungan-Nya dan merasainya cinta-Nya.

Tahun 2010 pergi meninggalkan seribu pengalaman, seribu pengajaran, seribu cerita, seribu mimpi yang nyata.Pelbagai pengalaman yang dapat ana kongsikan.2010 mengajar ana bagaimana untuk menyayangi seseorang.Bukannya sebelum ini ana benci semua orang.Rupa-rupanya, dalam meniti kehidupan ada juga yang kurang bersetuju dgn cara ana.mmm...Ana minta maaf sangat-sangat bagi yg terguris hatinya...Sekarang,baru ana faham..hidup ini memerlukan satu jemaah..susah untuk mengharungi segalanya seorang diri.Kesatuan hati amat penting dalam kehidupan.Tak kira muslimin atau muslimat...semuanya mesti bersatu demi Islam.  LET`S UNITE FOR ISLAM..

Tahun 2010 juga memaksa ana untuk tinggal di asrama.Meniti kehidupan dengan penuh ketabahan.Ana tak sanggup sebenarnya..yelaakan..mula-mula.berat rasanya hati ini utk tinggalkan rumah. tapi apakan daya, perintah orang tua kuturutkan saja..hehehe...tapi Alhamdulillah..berkat segalanya ana dapat menempuh segala sehingga sekarang...Ana bersyukur kerana ana di tempatkan di sekolah tersebut.Ana ada muallim dan muallimah yang hebat.Ana ada sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa bersatu dan menyayangi ana serta ana ada senior yang sefahaman dengan diri ana..

2010 jugalah tahun bertemunya ana dgn orang-orang yg "luar biasa".Luar biasa dari segi fizikalnya, luar biasa dari segi mentalnya, luar biasa dari segi semangatnya, luar biasa dari segi cinta dan kasih sayangnya...Ana amat merindukan segalanya.Ana berharap agar hubungan kita terus kekal demi agama ALLAH..insyaallah.UKHUWWAH FILLAH...

2010 juga mengajar ana supaya tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa pandang orang sekeliling sebab ada orang yang lebih memerlukan bantuan daripada kita."Tangan yang di atas lebih baik daripada di bawah."Jadi menghulurkan bantuan lebih baik daripada meneima bantuan.Ia juga mengajar ana untuk menilai dan merubah segala keburukan yang melekat pada diri ana.Insyaallah,ana akan cuba merubah.Ia juga mendidik ana untuk setiasa bersabar, tidak kira apa pon yang datang..kesabaran harus didahulukan terutama lagi lelaki sebab kehebatan seorang lelaki itu terletak pada sifat sabarnya.Tidaklah hebat seorang lelaki itu jikalau dia tidak tahu bersabar.


2010 juga meninggalkan pengalaman pahit, manis, masam, semua ade laa...Pengalaman dengan muallim dan muallimah.Pengalaman berniaga dengan teacher Husna.Pengalaman bersama rakan seperjuangan...macam-macam.

Sekiranya sekarang masih 2010..Ana rasa macam-macam lagi yang perlu diterokai dan dipelajari tetapi apakan daya, takdir ALLAH yang menentukan kita.Dengan kehadiran 2011, insyallah akan memurnikan dan menceriakan hari-hari kita insyaallah..

Ana ingin mengambil kesempatan untuk untuk memohon maaf dan ribuan terima kasih bagi yang mendorong ana selama ini..Terutama ibu dan ayah ana..Tidak lupa juga muallim dan muallimah mitib. Terutamanya, Guru Tasmi` ana, Ustaz Syukr...terima kasih sebab rotan ana tiap-tiap hari.Terima kasih atas dorongan dan taujihat ustaz selama ini.Ana ingin mohon maaf kalau tindakan ana selama ini mengguris hati ustaz, bacaan Quran ana kurang memuaskan, hafazan ana kurang membanggakan dan segala attitude buruk baik ana dalam kelas tasmi`.Ana minta maaf banyak-banyak.Tidak lupa juga kepada badge 03 MITIB, badge ana sendiri.Ana nak minta maaf kalau ana ada buat salah dgn antum semua.Semualah...Luqman Sabri,J-pah Jilan,Daus,Aqil Ahsan,Syak,Amir,Adil,Uzair,Usman,Taufiq,Huzaifah,Amri,Omar,Zahran,Munawar,Iman,Rahim,Amin,Amrul,Hazwan,Muhsin,Eisom,Harith,Haziq,Nizam,Luqman Hakim,Raja,Shahrul,Syafiq..ni buat pelajar muslimin...
Ana tak lupa pelajar muslimat...Mira,Naimah,Balqis,Zulaykha,Najwa,Mawaddah,Izwa,Saidatul,Ain,Ayunni,Izzati,Shazni,Hanani, Amirah,Zawani,Nawal,Aisyah,Asy-syifa,Najiha,Azra,Intan,Nurina,Beela,Mursyidah,Zahidah,Anis,Adibah dan Alifah..mmm..Ana harap tak de yang tertinggal.hehehe..Nak kecilkan skop Kelas Tasmi 1 Nafi` dan 1 Al-farabi..Ana minta maaf...kat Teacher Husna..ooo..yee..Guru PJD ana sendiri Ustaz Fathi dan Ustzh Azizah..Terima kasih banyak-banyak...

Then..ucapan maaf buat abg-abg dorm IBN ABBAS.Especially.....abang Zahir..abang Wafiy...abang Syakir.Tahniah atas kejayaan antum dalam PMR.Ana nak minta maaf sebab dalam dorm ana kurang baik kn..hehehehe..Ana nak minta maaf juga sebab mulut ana ni tak reti nak panggil antum semua abg..tak pe ana akan belajar utk panggil antum abg.jgn risau :)....syahmi,fadhil,e.t dan cdiq...gud luck for pmr..semoga success.Belajar elok-elok ek.Ana takkan lupa kan antum semua...For another senior ; abg Hambali, abg Alif, abg Afiq, abg Zahiruddin,nazmi,asyraf,faiz misnan,hadi,sufi,azim and so on...ana minta maaf bnyk-bnyk k...Semoga sinar tahun baru ini akan terus menjadi sinar dan menyerlah bukan sirna yang tidak diundang...SEKIAN..

ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, December 29, 2010

Cinta Suci Tanpa Racun

Bismillah...
Assalamualikum.Ana harap semua sihat-sihat selalu.Cinta yang suci tanpa rcun itu maksudnya cinta yang bersih.tiada unsur maksiat dan kejahatan.Inilah cinta yang sepatutnya kita kejar dan terutama sekali CINTA ALLAH...


Yakinlah bahawa ALLAH itu indah cintalah pada keindahannya - tidk mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan - peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri.Sebaliknya,dengan peraturan - peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi.Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya.Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.

Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga.Ketika itu,benarlah ungkapan,"Kunantikan kau di pintu syurga." Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta! Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.Tertolak segala racun dan fitnah.Ya,jangan tunggi si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta.Na`uzubillah.

Kata lagu lama,"Rasa cinta pasti ada...pada makhluk yang bernyawa." itu betul.Tetapi "Sejak lama sampai kini...tetap suci dan abadi." itu belum tentu.Sebabnya? Cinta pada masakini,banyak yang tidak suci lagi,apalagi untuk abadi...Cinta yang abadi hanya ada di syurga!

Tuesday, December 28, 2010

Salahkah Bercinta

Bismillah..

Assalamualaikum.Semoga teman-teman ana sihat sentiasa..mmmm.Kali ini,ana nak cuba merungkai persoalan yang timbil di fikiran ana ni.Ana yakin antum semua tertanya-tanya juga...Salahkah Bercinta..???

Remaja selalu bertanya "Apakah salah kami bercinta..??" Tidak,bercinta memang tidak bersalah justeru ia adalah fitrah tabi`e yang ALLAH kurniakan kepada setiap manusia.Ingin cinta dan dicintai adalah naluri (instinct) setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan.Oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya.Jika salah...masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta?? ALLAH Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,dikurniakannya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan...

Namun ALLAH tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.Justeru,DIA juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia,khusus para remaja.Rasa cinta tidak salah tetapi tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta.Di sinilah berlakunya "cinta terlarang" - yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari ALLAH.

Ketika itu,fitrah akan bertukar menjadi fitnah.Bila kehendak tabi`e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan ALLAH,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.Jadi,janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari ALLAH,tetapi akuilah juga adaNYA peraturan cinta - yang juga datang dari ALLAH....SEKIAN

ASSALAMUALAIKUM...

Monday, December 27, 2010

Kegembiraan Membawa Pengorbanan

Bismillah..

Assalamualaikum ana ucapkan.hah..kali ini ana nak ceritakan pengembaraan ana.takdelah sekembara mana pon.tapi ana rasa memang best..nak tahu cerita.mmm..Ceritanya bermula begini,

Pasa hari sabtu dan ahad yang lepas,ana bersama keluarga tersayang pergi ke PD..mmm,sebenarnya,ada khilaf di mana kami terpaksa membuat pilihan sama ada ingin ke PD atau de`Palma Kuala Selangor.Secara kebetulannya,pada hari sabtu tersebut,keluarga ana dijemput ke kenduri kahwin..WUISH...!!!! Sampai 3 jemputan ayah ana terima..Waktu tu ana fikir.."Ya ALLAH,kembunglah perut ana nih." Ana tersengih keseorangan.Kami pon pergilah ke semu kenduri tersebut..mmm..Ana takdelah makan banyak mana pon..tapi sbb nak jaga hati tuan rumah.mmm,makan  jeelaa..

Sebenarnya,bukan ini yang ana nak cerita.Kegembiraan yang ana maksudkan itu berlaku pada keesokan harinya,pada hari ahad.Bermulanya hari ahad,kami sarapan roti canai..hahahahah.takdelah,saje jee nak tambah cerita..Lepas sarapan,kami terus tukar baju untuk mandi pantai..Adik ana ada beli bola pantai jadi kami mainlah bola pantai.Air pantai pada pagi tuh pasang,kami takdelah pi main jauh-jauh..Tetiba jee,bola tuh terlepas ke tengah laut..mmm,terpaksalah minta tolong abang tuh...(abg tuh sebenarnya die bawa boat..alaa yang tarik banana boat,bawa pi pusing-pusing tu..tulah kerja die)..Ana sebenarnya memang dah lama nak naik banana boat tu..tapi disebabkan mahal.mmm,melepaslah ana...dahla  RM 15  satu kepala tu..Tapi,entah mcm mana lahkan,maklong ana pandai lak berurusan dgn tokei tu dpt laa RM 10 seorang..WAH..ana dah rasa best giler waktu tuh....


Seronok sangat...Ana dapat naik dgn family and sepupu.Sebenarnya,di penghujung perjalanan,abg yang banana boat tuh akan jatuhkan kami.Begitu sebenarnya,tetapi disebabkan,ada bdk kecik and org tua.Ayah ana mintalah supaya jgn jatuhkan kami.Abg tu pon angguk tanda setuju..mmm,ana kan budak spec.Ana pakai spec,bukan ana seorang jee..along am,kak ain and kak yun pon pakai spec..Disebabkan dah ckp dgn abg tuh,jgn jatuhkan,kami takdelah pi bukak spec kami.Then,the adventure start.Abg tu pon bawa laah kami,pegila jalan jauh sikit.Pastu dia berhenti,dapatlah snap beberapa gambar kami pose kat atas banana boat tu..mcm gmbr kat atas tu...hahahahahahahaha..

Dalam perjalanan kami nak pulang semula ke pantai.Di sini menyingkap sebuah tragedi di mana mengorbankan dua..hah..bukan dua org ek tapi dua cermin mata..mmm,spec sape lg,spec ana lah..Waktu nak balik semula ke pantai,ana dapat rasakan yang speed of the boat was higher.Rasanya abg tu tambah speed kot.Ana tak kisah.Waktu tu,abg ana saje je nak main-main.Dia kata "Bangah,nanti kita buat-buat jatuh taw.batu gempak." Ana setujulah sebab..alaa tak bestlah kalau naik banana boat tak jatuh..tak rasa adventure langsung kowt..Disebabkan terlalu syok sendiri untuk jatuh..hah amik kau..!!! Jatuh betul-betul.Waktu tu dahla speed tengah laju..mmg bederau darah ana.Ana dapat rasa yang banana boat tu senget sebelah,pastu ana tak dapat nak balance kan badan..wow..hahahahah..ana terjatuh kesebelah sambil tertarik kak ain..lawak giler...waktu tu berderau darah..hahahahha..Dah laa 1na jatuh kepala dulu,pastu tertarik kak ain.Bukannya sengaja,disebabkan banana boat tu untuk 7 org jee...kami naik 10 org..mmg tak cukuplah tempat pemegang tu..Ana terpaksa berpaut pada kak ain.sebab tulah ana tertarik dia sekali..Waktu tulah spec ana hilang.Vukan ana seorang e tau..spec kak ain pun hilang gak..Jadi, i`m not alone..hahahah..Waktu tu memang rasa takut tapi best giler sebab susah nak dapat pengalaman yang mcm tu..Whatever lah..sekarang spec ana dah hilang..kak ain pun,tapi dia dah buat spec baru,ana yang nak masuk skolh ni pon belum buat lagi..

Itulah maksud ana.."Kegembiraan yang membawa Pengorbanan"..tapi.nak tahu tak?? Ana tersedar satu perkara di mana kalau nak kan pengalaman kena berani ambil risiko..sbb tulah kena tanam sifat berani dalam diri kita..Inilah ana dan kak ain tanpa spec....


Last but not least,ingat..berhati-hati tak kira di mana saja antum semua berada..Walaupun kita dah pasti selamat,ada jaket keselamatan,ada helmet dan sebagainya.Kita tetap tak tahu takdir ALLAH..walau ape pon yang jadi waktu tu.ana tetap redha.tp memang best times jatuh tu ecspecially..mmm.tp jadikan cerita ini sebagai pengajaran yee..SEKIAN.

ASSALAMUALAIKUM...

BiLa DaH MaBuK CiNtA...

Bismillah....

Assalamualaikum..Ana ada lagi membaca sedikit artikl tentang cinta.Ana nak kongsikan di sini.Sememangnya kita tahu cinta itu buta dan bila dah mabuk cinta..BAHAYA....!!!

Bila disebutkan cinta,terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet,Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony,Uda dan Dara yang "bersanding" di pusara atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun (gila) kerana terpisah dengan Laila.Itulah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan.Namun realitinya juga  tidak kurang hebatnya.Ramai remaja yang sangguo meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati.

Kata pantun : 
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba lurutkan.

Malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta.Ah,manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari.Kalau kit menonton filem hindustan...kadang-kadang cinta seolah-olah dinobatkan sebagai "tuhan"...Segala-galanya kerana cinta (Mere mohabbat he!)

Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta.Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari.Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya.Walaupun kadang-kala ia cuba dilawan,namun rasa yang "ajaib" iu datang juga.Tidak kuasa hati menolaknya.Apalgi kalau cinta itu disuburkan,maka makin marak dan menggilalah jadinya.Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang,tidur tak lena.

Bijak pandai pernah mengingatkan,"Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia.Pertama,yang sedang lapar,kedua yang sedang sakit dan ketiga yang sedang mabuk cinta."Kenapa??? Orang yang lapar hanya memikirkan perutnya.Orang yang sakit,sedang derita menanggung sakitnya.Orang yang bercinta pula,hanya memikirkan yang dicintainya.Dia seolah-olah mabuk dan sedang berada di alam yang lain.Orang nampak dia,tetapi dia tidak nampak orang.....Anda pernah terserempak dengan sepasang kekasih di stesen komuter atau bas? Semua orang "malu" melihat gelagat keterlaluan mereka,tapi mereka tidak sedar diri.

Cuba bayangkan....sedemikian indah dan damainya syurga,namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman.Lalu Allah ciptakan Siti Hawa sebagai pasangan untuk dicintainya.Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintainya."Rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa." demikian lirik lagu...SEKIAN

ASSALAMUALAIKUM....

Sunday, December 26, 2010

Cinta & Remaja

Bismillah...

Assalamualaikum..Semoga sahabat-sahabat semua sihat wal`afiat.Kali ini ana nak kongsi sedikit pembacaan ana mengenai cinta.Walaupun tak sehebat mana tapi adalah sedikit buat titipan dan pedoman sahabat-sahabat handai...

Sememangnya kita tahu,ALLAH menganugerahkan cinta buat kita.Walau apa pun,kita kena hati-hati sebab cinta  ini menyingkap perasaan hati.Hati ini tersirat dan susah untuk ditafsirkan.Hati orang...siapa yang tahu.Orang tuh niat baik ke???....orang tuh niat buruk ker???..semua kita tak tahu...Sebab itulah,tak kira lelaki,perempuan,kenalah berjaga-jaga dengan godaan syaitan.Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan.Jadi,kita kenalah sentiasa berwaspada dalam menjalani hidup..

"Tidak dapat nak elak lagi! dah jatuh cinta.Nak buat macam mana?"..Ya,remaja dan cinta - dua perkara yang bagaikan sudah sebati.Kisah sukaduka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair.Rasa itu digubah menjadi bait - bait lirik dan alunan melodi pencipta lagu.Menjelma menjadi untaian kata para penyajak.Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogi.Embun,pelangi,salju,bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih.Kenapa?...Tidak percaya??? Dengarlah lagu yang beralun di corong radio atau MP3...Hampir 80% daripadanya adalah lagu cinta.

Begitulah eratnya remaja dan cinta hingga kita seolah-olah tidak dapa lagi membayangkan adanya hubungan remaja dengan yang lain,selain cinta.Seolah-olah remaja tidak ada hubungan langsung dengan iman, remaja dengan perjuangan, remaja dengan dakwah, remaja dengan keusahawanan, remaja dengan kepimpinan dan sebagainya.Yang ada hanya hubungan remaja dan cinta.Bukannya ingin memaksa tapi tulahkan...siapa yang suka dipaksa.

Ya,perubahan biologi dan psikologi di alam remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka alam cinta yang serba baru dan indah.Kadang-kadang rasa cinta berputik lewt perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepengajian. Atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas  ketika hujan renyai-renyai. Aduh, romantiknya.Begitu yang selalu kita dengar ketika cinta pertama diungkapkan.

Mmmmm,begitulah remaja sekarang.Hanyut dilambung ombak cinta.Antum semua tahu ke mana mereka dibawa ombak itu...????? Entah,ke mana perginya pun tak tahulah.
Sampai di sini sahaja entry ana..SEKIAN

ASSALAMUALAIKUM....

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman

Bismillah....

Assalamualaikum.....Entry kali ini,ana ingin mengingatkan diri ana sendiri dan sahabat-sahabat yg lain tentang keimanan seorang lelaki.Ana akan cuba merubah diri ana menjadi yg lebih baik.Insya-allah..


Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
 Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah. 




Inilah dia yg ana ungkapkan..Ana akan berusaha untuk bersifat begini..Insya-allah..SEKIAN

ASSALAMUALAIKUM...

Saturday, December 25, 2010

Titipan Buat Sahabat

Bismillah...

Assalamualaikum.Ana nak minta maaf sebab entry yg lepas ana terlupa nak tulis tajuk.Ana asif jiddan.Ana minta maaf banyak-banyak kepada semua followers ana.Sekarang ana ada sedikit titipan buat sahabat-sahabat ana...
jd, inilah dia,semoga,sahabat ana tahu yg ana syg antum semua....


Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

Nukilan ini menyentuh hati ana dan mengingatkan segala pengorbanan sahabat-sahabat ana buat ana.Ana amat menghargainya.Seandainya,antum semua di sini dapat mendengar rintihan ana,alangkah leganya hati ana tp ana tahu ana hanya boleh bergantung dan berharap hanya pada ALLAH.Selamat berjuang sahabatku.semoga ALLAH berkatimu...SEKIAN

ASSALAMUALAIKUM...

Bismillah..

Asslamualaikum.Video ni mengenangkan ana time ana dengan sahabat-sahabat form 1 .Kenangan kita menempuh ujian dan kemahiran ketika Program Jatidiri.Untuk bersatu hati.Ana doakan supaya hati kita sentiasa bersatu...amin...



Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan 
Keteguhan Hati Berlandaskan Iman


Wahai sahabat-sahabatku....Marilah kita bersatu dalam mengejar redha Ilahi...Insyaallah..Sekian

ASSALAMUALAIKUM....

Friday, December 24, 2010

Program Jatidiri 2010

Bismillah.....

Assalamualaikum..Kali ini ana ada masukkan entry/vidoes kami sewaktu program Jatidiri 2010.Video ni dirakamkan di PULAPES.Ana harap semua sahabat-sahabat ana sentiasa bersatu hati..Insyaallah..




Semoga terhibur...

ASSALAMUALAIKUM...

Thursday, December 23, 2010

Lelaki IDAMAN Muslimah

Bismillah.......

Assalamualaikum.Ana ada terjumpa satu artikel mengenai ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman muslimah.Tapi idaman muslimah tu,bukannya penting yang penting hati kita ikhlas terhadap ALLAH dan nawaitu kita betul.Ana harap,kaum muslimin akan cuba perbaiki sifat mereka termasuk diri ana sendiri...Insyaallah..Sifatnya seperti berikut....

Biarlah dia seorang yang buta 
Kerana matanya sunyi dari melihat 
perkara-perkara maksiat dan laghah 
Kerana kedua matanya terpelihara dari 
memandang aurat wanita ajnabi 
Asalkan kedua matanya terang 
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah 
Asalkan dia celik 
dalam melihat kesengsaraan umat Islam 
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya 


Biarlah dia seorang yang bisu 
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan 
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran 
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran 
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan 
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran 
Asalkan dia petah 
membangkang kemungkaran 
dan dia lantang 
menyuarakan kebenaran 


Biarlah dia seorang yang bakhil 
Bakhil dalam memberi senyuman 
pada wanita yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa 
untuk membuat temujanji 
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya 
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya 
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya 
Tetapi dia begitu pemurah 
meluangkan masanya untuk beribadah 
dengan Khaliqnya 
Dia begitu pemurah 
untuk mempertahankan aqidahnya 
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran 
Sehingga dia sanggup 
menggadaikan hartanya 
bahkan nyawanya 
demi melihat kalimah syahadah 
Kembali megah di muka dunia 



Biarlah dia seorang yang papaPapa dalam melakukan perkara maksiat 
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah 
dan tidak bermanfaat 
Papa memiliki akhlaq mazmumah 
Tetapi dia cukup kaya 
dalam pelbagai ilmu pengetahuan 
Dia begitu kaya 
memiliki ketinggian akhlaq 
dan budi pekerti yang mulia 
Dia begitu kaya 
dengan sifat sabar 
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya 
Dan dia seorang yang kaya 
dalam menanam impian 
untuk menjadi seorang syuhada 
yang syahid di jalan Allah.



Masyaallah....indahnya dilihat pada zahirnya muslimin yg mempunyai sifat sebegini..Ana akan berusaha utk menjadi begini..Insyaallah


ASSALAMUALAIKUM..

Old Friends....Once Friends,Always Friends...

Bismillah...

Assalamualaikum...Kali ni,ana nak tunjuk lah sikit gambar member-member ana dulu.Rindu giler kowt kat diorang.So,for my friends..DRA :  iffa,shaf,farra,atiqah,irfah,athirah,farzana,hani n Bacteria teams..this is special for you all...Hope you like it...






Gelagat...hahahahhahaha


5A student`s.......Congrats


Actually,ana tak tahulah kan mcm mne leh tersesat sorang mamat tuh kat situ..tp,jgn pikir lain taw..


Nasyid banat..never forget...hahahahhahahahha


Teacher Rubee..I miss you..!!!!!!
Thank you for everything that you`ve been taught me
Forgive me for what i`ve done....
i`m always pray for your happiness....
Remember,SMILE ALWAYS...
beloved student....AQIL MUSTAFA.


Posing with Teacher Rubee....



Ana rasa ni je kot..tapi bnyk lagi....ana harap member-member ana terhibur...

ASSALAMUALAIKUM..

Wednesday, December 22, 2010

Jgn Permainkan Org Lain

Bismillah...

Selamat pagi ana ucapkan pada semua....sebenarnya ana tak lah benda best nak dikongsi..cuma ana kongsi satu cerita...

Bermula begini,ana memegang jawatan sebagai pengawas bahagian unit kebajikan dan keselamatan sekolah.Ana rasa amat berbesar hati sbb dgn tugas ana ni ana boleh tolong sahabat-sahabat ana yg lain.Ana juga jaga bendera,jd secara tak langsung ana kena lah naikkan bendera tiap-tiap hari sebelum perhimpunan bermula.Perhimpunan start pukul 7.20,ana ni pelik sikit orgnya.Ana tak suka lambat-lambat,jadi ana akan naik bendera dlm pukul 6.40 - 7.00...awal tak??? awal gila,sbb tulah ramai sgt senior-senior and sahabat-sahabat ana pelik..."aik,awal giler mamat ni pegi skolh.." Ana wat tak tau jee...sebenarnya bukan yg ni ana nak cerita ana nak cerita tragedi pasal bendera ana,sbb ana rasa teraniaya...

Pada satu malam majlis jamuan asrama,AMT dan AJK asrama buat dkt foyer pentadbiran MITIB..sebelum ana terlupa,ana ada seora ng sahabat yg selalu tukar shift dgn ana,ana naikkan bendera dia akan turunkan bendera.Hari jamuan tu last sbb esoknya kitorang nkbalik rumah dah,jadi sahabat ana ni,tak naklah susahkan ana,dia pon takdelah turunkan bendera tuh supaya takdelah ana susah-susah nak pi naikkan bendera tuh esok.

Pada mlm tu..keliling foyer tu bnyk spotlight..Disebabkan ray from the spotlight is too shiny....adalh seorang hamba ALLAH yg mne ntah kn,ana pon tak tahu..Dia pegi letaklah bendera Malaysia tu dekat atas spotlight tu.Bendera tu kain dia jenis lembutlah kan.After that,about 5 to 10 munites,the flags was on fire.Ana tak tahu sbb ana masih tak de kat situ lg..Sehinggalah majlis bermula,tak de sorang pon yg ckp kat ana,bendera tu koyak.Sampai majlis tu tamat pon,ana yg pergi tgk bendera tu,ana nk lipat.Bila ana bentang ke bawah.....WOW!!!!!!!!!!! Ana nmpklubang kat bendera tu.Ana terus jd cemas sbb bendera tu ana pinjam kat org lain.Ana rasa bersalah yg teramat.Dtglah seorang hamba ALLAH tu dan ckp "Jgn risau Qil,nnti aku keluar aku tlg belikn yg baru."...Ana tanyalah "sapa yg buat ni???." Dia tak nak jawab dia jadi org perantara sahaja.Dia kata org tu takut,takut ana marah..Ana tak marah dan ana tak kisah pon sbb ana boleh beli bendera tuh..yg peliknya dia smpi skrng tak nak mengaku..

Sampai skrng ni.Ana masih mencari siapa sebenarnya org tu..Ana tak kisah tau dia nak ganti ke tak nak ganti cuma just show yourself..be a man ok..Ana bengang betul.Mentang-mentang ana ni masih f1.Diorang boleh wat kat ana cmni...wuish..mmg tak tahan..

Dunia ni mmg mcm ni..Sentiasa lari dari kenyataan,hari tu MC kelas talaqqi kitab...skrng bendera,mcm-mcm kn.Peliklah,ana sendiri tak tahu kenapa diorang always hiding theirself...Ana hrp sape-sape pon org tu,ana daa maafkan dia but please show yourself after this..k

ASSALAMUALAIKUM...

The Story of 3 Friends

Bismillah....


This entry is a little beat special because it was in English languanges...but actually the special is about the meaningful value of this story....The story starts here,




Not long ago, three friends came to the New York city. They decided to stay in a hotel during the visit.

It so happened that their room ended up being on the 60th floor.

The policy of the hotel was that everynight after 12:00 a.m. the elevators are shut down for security reasons.The next day, the three friends rented a car and went out to explore the city. They enjoyed movies, concerts, and other things throughout the whole day. At one point, they remembered that they have to get back to the hotel before 12 a.m.

When they arrived, it was beyond 12 a.m. at night. The elevators were shut down. There was no other way to get back to their room but to take the stairs all the way to the 60th floor. All of a sudden, one friend got an idea.

He said “For the first 20 floors, I will tell jokes to keep us going. Then another one of us could say wisdom stories for the next 20 floors. Finally, we will cover the other 20 floors with sad stories.”

So, one of the friends started with the jokes. With laughs and joy,they reached the 20th floor. Now, another friend started saying stories that are full of wisdom. So, they learned a lot while reaching the 40th floor. Now, it was time for the sad stories.

So, the third friend started thus, “My first sad story is that I left the key for the room in the car.”

Now, what is the point of this story?

This story resembles our lifecycle. For the first 20 years of our life, we spend time in joking and enjoying whatever is out there. Then, after we reach 20, we go into the work force, get marriead, have kids and this is the time when we use our wisdom. Then, if we reach 40, we finally see the white hairs and begin to think that my life is coming to an end and the sadness begins.





It’s better that we start our life in the very beginning by remembering death rather than preparing for it at the end our life when very few of us have the energy to obey Allah completely. We should also remember that there is no guarantee of a life of 60 years for any of us, many have already left this world way before that age.

May Allah give us the ability to make use of our life before death and our youth before old age, Ameen.







I really hope that all of you take the value of the story...till the end..


ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, December 21, 2010

UKHUWAH FILLAH

Bismillah...

Entri kali ini,menceritakan ukhuwah satu persaudaraan antara Hana dan Mardhiyyah.....Ana amat kagum..Semoga semua dapat  menghayatinya....




Wish for Hana comel...

            * Thanks for everything...
            * Jangan lupa aku ye... Forget me not...
            * Semoga berjaya dalam exam nanti...
            * Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
            *Love you forever...

Sahabatmu,  
Mardhiyyah
Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini. 

Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan. 

Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar. 

" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? "  

Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah. 

" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah. 

" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? "


" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. " 

Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu. 

Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.

" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?"  Hana menyambung selorohnya. 

Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah. 

" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? " 

Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.

Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa. 

Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan. 

" Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan. 

" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana. 

" Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. " 

Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi. 

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak. 

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;

" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. "

Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda.

" Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut. 

Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya. 

" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib. 

" Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu. 

" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya. 

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah. 

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud: 

" Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. " 

" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya. 

" Hana Insyirah. " Dia masih tunduk. 

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi. 

Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah. 

Doa dari seorang sahabat:

Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...

Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya. 

" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin.


Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang. 

" Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk. 

" Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum. 

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin. 

" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya. 

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun. 

" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening. 

" Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. "

Mardhiyyah menarik nafas panjang. 


" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang. 

" Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar. 

Mardhiyyah memegang perutnya. 

" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. "

Hana sebak. 
Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. 

" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. " 

Mardhiyyah tersenyum. 
Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.

" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya. 

" Insya Allah? " ujar Mardhiyyah. 

" Insya Allah, Mardhiyyah. " 

***

" Mama! " 

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya. 

" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu. 

" Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. "  

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah. 

" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? " gurau Hana. 

" Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. "sambung Khaulah sambil ketawa. 

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.

Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.

Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.


SEKIAN
ASSALAMUALAIKUM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...