Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Tuesday, December 28, 2010

Salahkah Bercinta

Bismillah..

Assalamualaikum.Semoga teman-teman ana sihat sentiasa..mmmm.Kali ini,ana nak cuba merungkai persoalan yang timbil di fikiran ana ni.Ana yakin antum semua tertanya-tanya juga...Salahkah Bercinta..???

Remaja selalu bertanya "Apakah salah kami bercinta..??" Tidak,bercinta memang tidak bersalah justeru ia adalah fitrah tabi`e yang ALLAH kurniakan kepada setiap manusia.Ingin cinta dan dicintai adalah naluri (instinct) setiap manusia.Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan.Oleh kerana cinta adalah fitrah,maka tentulah tidak salah untuk merasai dan menikmatinya.Jika salah...masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta?? ALLAH Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,dikurniakannya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan...

Namun ALLAH tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.Justeru,DIA juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya.Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia,khusus para remaja.Rasa cinta tidak salah tetapi tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta.Di sinilah berlakunya "cinta terlarang" - yakni cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan dari ALLAH.

Ketika itu,fitrah akan bertukar menjadi fitnah.Bila kehendak tabi`e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan ALLAH,maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.Jadi,janganlah kita hanya mengakui cinta itu dari ALLAH,tetapi akuilah juga adaNYA peraturan cinta - yang juga datang dari ALLAH....SEKIAN

ASSALAMUALAIKUM...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...