Bismillah...
Assalamualikum.Ana harap semua sihat-sihat selalu.Cinta yang suci tanpa rcun itu maksudnya cinta yang bersih.tiada unsur maksiat dan kejahatan.Inilah cinta yang sepatutnya kita kejar dan terutama sekali CINTA ALLAH...
Yakinlah bahawa ALLAH itu indah cintalah pada keindahannya - tidk mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan - peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri.Sebaliknya,dengan peraturan - peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi.Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hamba-Nya.Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua racun yang berbisa itu.Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya.
Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam syurga.Ketika itu,benarlah ungkapan,"Kunantikan kau di pintu syurga." Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta! Cinta Nabi Adam dan Siti Hawa.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.Tertolak segala racun dan fitnah.Ya,jangan tunggi si dia di pintu neraka kerana di sana tidak ada cinta.Na`uzubillah.
Kata lagu lama,"Rasa cinta pasti ada...pada makhluk yang bernyawa." itu betul.Tetapi "Sejak lama sampai kini...tetap suci dan abadi." itu belum tentu.Sebabnya? Cinta pada masakini,banyak yang tidak suci lagi,apalagi untuk abadi...Cinta yang abadi hanya ada di syurga!
No comments:
Post a Comment