Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Monday, December 20, 2010

Kehidupan

Bismillah

Macam biasa..hari ini,alhamdulillah ana dpt keluar dgn sepupu,makan-makan..mmmm...
Ptg tadi,dalam pukul 2.30 setgh,ntah kenapa lah kan.muncul satu perkataan yg bermain dlm fikiran ana ni..iaitu KEHIDUPAN.Apa yg ana fahamlah yg selalu muallim dan muallimah di mitib ckp "Kehidupan itu suatu perjalanan atau pengembaraan yg penuh dgn liku dan dugaan.Ia juga menguji kita sama ada kita sabar dgn segala ujian yg ALLAH turunkan ke atas kita ataupun tidak."

Ana rasa setiap individu pasti mempunyai kehidupan sendiri..betul???...dlm hidup kita nih..kita jee yg boleh decide utk kita pergi kiri atau kanan..terus ke depan atau mundur ke blkng.Sememangnya semua manusia mmg tak sempurna tapi tak salah kalau kita nakkan yg lebih baik utk diri kita.Sebagai seorang insan yg melayari bahtera kehidupan,kita kena pandai membezakan antara hak dan batil.Dunia ni penuh cabaran dan rintangan,semuanya bergantung pd kita sendiri sama ada nak teruskan hidup atau.......................Godaan pun bnyk,terutama sekali drpd syaitan laknatullah...so,sentiasa kuat iman dan cekalkan hati.

Untuk mengharungi sebuah pengembaraan tu.kita mesti mulakan dgn belajar..tapi kalau belajar je tak guna jugak......bak kata- kata dibawah...

Bergunakah apa yg dipelajari tanpa diamalkan,
Bergunakah apa yg diamalkan tanpa hati yg ikhlas..

Jadi..kita kenalah amalakan apa yg kita dah belajar dan sentiasa ikhlaskan hati kita kerana ALLAH..betulkan niat,seperti hadis Nabi.."Mulakan sesuatu amalan dgn niat."...Niat tuh amat penting tau,sebab ianya dtg dari hati..Sebenarnya,dlm melayari bahtera kehidupan ini juga kita akan dpt pelbagai faedah dan manfaatnya.Pengembaraan ini juga memerlukan sifat-sifat yg tertentu seperti...sabar,gigih,tabah,cekal dan bnyk lagilah...

Ana juga tersedar suatu perkara bahawa KEHIDUPAN MEMERLUKAN PENGORBANAN..pengorbanan..ssh nak ckp pasal pengorbanan ni...Manusia skrng teramat pentingkan diri sendiri sampai tak pandang org sekeliling..sbb tulah pengorbanan di dunia ni kita tak nmpk sgt sbb semakin berkurangan...masing-masing dgn hal masing-masing dan dunia masing-masing..Sememangnya,ana sendiri tak menafikan,mmg susah utk berkorban,terutama sekali utk org lain.Pengorbanan ni memerlukan hati yg kuat dan tabah.sbb pengorbanan ni ada bersangkut paut dgn hati..mmmm...Kalau nak diimbas kembalilah kan..bagaimana pengorbanan Rasulullah s.a.w dan para sahabat waktu dulu,lagi mencabar iman dlm hati mereka,inikan kita yg nak beri sedekah kat fakir miskin pon susah..sbb tulah kita sepatutnya meletakkan Rasulullah sebagai idola dan Qudwah Hasanah,bukannya artis ternama,usahawan,kaum kerabat dan sebagainya.

Jadi,kita sebagai Khalifah yg diturunkan oleh ALLAH ke bumi ni kenalah taat perintah-Nya dan lakukan segala suruhan-Nya dan tinggalakan segala larangan-Nya..Pesanan buatku kpd sekalian sahabat,Bersabarlah ketika menempuh dugaan dan cabaran dan berdoalah dan mintalah kepada ALLAH serta redha dan yakin dgn segala Qada`  dan Qadar ALLAH..Sampai di sini shj coretan ana pd mlm ni..

ASSALAMUALAIKUM...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...