Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Thursday, December 23, 2010

Lelaki IDAMAN Muslimah

Bismillah.......

Assalamualaikum.Ana ada terjumpa satu artikel mengenai ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman muslimah.Tapi idaman muslimah tu,bukannya penting yang penting hati kita ikhlas terhadap ALLAH dan nawaitu kita betul.Ana harap,kaum muslimin akan cuba perbaiki sifat mereka termasuk diri ana sendiri...Insyaallah..Sifatnya seperti berikut....

Biarlah dia seorang yang buta 
Kerana matanya sunyi dari melihat 
perkara-perkara maksiat dan laghah 
Kerana kedua matanya terpelihara dari 
memandang aurat wanita ajnabi 
Asalkan kedua matanya terang 
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah 
Asalkan dia celik 
dalam melihat kesengsaraan umat Islam 
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya 


Biarlah dia seorang yang bisu 
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan 
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran 
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran 
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan 
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran 
Asalkan dia petah 
membangkang kemungkaran 
dan dia lantang 
menyuarakan kebenaran 


Biarlah dia seorang yang bakhil 
Bakhil dalam memberi senyuman 
pada wanita yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa 
untuk membuat temujanji 
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya 
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya 
kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya 
Tetapi dia begitu pemurah 
meluangkan masanya untuk beribadah 
dengan Khaliqnya 
Dia begitu pemurah 
untuk mempertahankan aqidahnya 
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran 
Sehingga dia sanggup 
menggadaikan hartanya 
bahkan nyawanya 
demi melihat kalimah syahadah 
Kembali megah di muka dunia 



Biarlah dia seorang yang papaPapa dalam melakukan perkara maksiat 
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah 
dan tidak bermanfaat 
Papa memiliki akhlaq mazmumah 
Tetapi dia cukup kaya 
dalam pelbagai ilmu pengetahuan 
Dia begitu kaya 
memiliki ketinggian akhlaq 
dan budi pekerti yang mulia 
Dia begitu kaya 
dengan sifat sabar 
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya 
Dan dia seorang yang kaya 
dalam menanam impian 
untuk menjadi seorang syuhada 
yang syahid di jalan Allah.



Masyaallah....indahnya dilihat pada zahirnya muslimin yg mempunyai sifat sebegini..Ana akan berusaha utk menjadi begini..Insyaallah


ASSALAMUALAIKUM..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...