Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Monday, December 27, 2010

BiLa DaH MaBuK CiNtA...

Bismillah....

Assalamualaikum..Ana ada lagi membaca sedikit artikl tentang cinta.Ana nak kongsikan di sini.Sememangnya kita tahu cinta itu buta dan bila dah mabuk cinta..BAHAYA....!!!

Bila disebutkan cinta,terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet,Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony,Uda dan Dara yang "bersanding" di pusara atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun (gila) kerana terpisah dengan Laila.Itulah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan.Namun realitinya juga  tidak kurang hebatnya.Ramai remaja yang sangguo meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati.

Kata pantun : 
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba lurutkan.

Malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta.Ah,manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari.Kalau kit menonton filem hindustan...kadang-kadang cinta seolah-olah dinobatkan sebagai "tuhan"...Segala-galanya kerana cinta (Mere mohabbat he!)

Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta.Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari.Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya.Walaupun kadang-kala ia cuba dilawan,namun rasa yang "ajaib" iu datang juga.Tidak kuasa hati menolaknya.Apalgi kalau cinta itu disuburkan,maka makin marak dan menggilalah jadinya.Bila cinta mencengkam diri,makan tak kenyang,tidur tak lena.

Bijak pandai pernah mengingatkan,"Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia.Pertama,yang sedang lapar,kedua yang sedang sakit dan ketiga yang sedang mabuk cinta."Kenapa??? Orang yang lapar hanya memikirkan perutnya.Orang yang sakit,sedang derita menanggung sakitnya.Orang yang bercinta pula,hanya memikirkan yang dicintainya.Dia seolah-olah mabuk dan sedang berada di alam yang lain.Orang nampak dia,tetapi dia tidak nampak orang.....Anda pernah terserempak dengan sepasang kekasih di stesen komuter atau bas? Semua orang "malu" melihat gelagat keterlaluan mereka,tapi mereka tidak sedar diri.

Cuba bayangkan....sedemikian indah dan damainya syurga,namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman.Lalu Allah ciptakan Siti Hawa sebagai pasangan untuk dicintainya.Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicintainya."Rasa cinta pasti ada pada makhluk yang bernyawa." demikian lirik lagu...SEKIAN

ASSALAMUALAIKUM....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...