Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Friday, February 4, 2011

Sejujur Kata,Seluhur Hati

Assalamualaikum...

Kali ini ana ada terbaca cerita yang ana rasa patut dikongsikan kat blog ana ni.Cerita ini mengisahkan seorang jejaka dan seorang gadis jelita.Ana begitu terharu dan terdetik dihati ana untuk merubah diri ana sendiri.Semoga dapat dihayati....

Ceritanya bermula begini...Pada zaman dahulu,ada seorang jejaka yang suka membaca buku dan selalu menghabiskan waktunya di perpustakaan di waktu lapang.Dia amat suka membaca novel dan buku cerita.Pada suatu hari,dia ada terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis.Tertulis disitu, "Catrina,ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu.Setelah pulang ke rumah,jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat untuk berkawan dengan gadis itu.Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan.Persahabatan mula bertukar pada perasaan sayang.Namun begiru,mereka masih belum pernah bersua muka.Si jejaka ingin sekali bertemu dengan si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis.Walaupun kedua-duanya masih belum melihat rupa masing-maisng,tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari,si jejaka dipanggil oleh bala tentera ke medan perang.Si jejaka berasa amat susah hati kerana dia bimbang dia tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya itu.Maka diutuskannya sepucuk surat yang berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita,dan masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti.Aku akan memakai pakaian tenteraku dan memegang sekuntum mawar berwarna merah.Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mwar berwarna merah.Setelah itu izinkanlah aku untuk membawamu makan malam dan berjumpa dengan orang tuaku."

Maka pergilah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian,

Pada hari pengumuman perang tamat,si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan dengan memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya.Diperhatikannya seorang demi seorang gadis di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba si jejaka ternampak seorang gadis tang agak berisi,sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang.Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah.Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah.Si jejaka amat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya,namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"Gadis itu melihat kearah si jejaka dan tersenyum ceria.Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "Aku amat merinduimu.Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibubapaku.Orang tuaku tidak sabar lagi untuk bertemu denganmu." kata jejaka itu.Si gadis tersenyum lagi dan berkata "Aku tidak tahu apa yang terjadi tetapi ada seorang gadis jelita yang memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi.Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restorang di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".

Berapa ramaikah lelaki yang hatinya seperti ini..Dia melihat kepada hati bukannya rupa...Dia tetap mengotakan janjinya dan tetap berpegang pada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan yang gadis cacat itu adalah Catrina.Semoga cerita ini dapat jadi tauladan buat semua.


Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...