Semakin dicantas makin bertunas,
Tidak mampu mendustai hatiku,
Rasa cinta fitrah manusia
Siapalah aku menolak cinta yang hadir di jiwa
tanpa dipaksa,
Hidup ini tidak akan sempurna,
Tanpa cinta dari Tuhan yang esa
Adam Hawa bercinta di syurga,
Angkara iblis terpisah menderita,
Kerana cinta mereka setia,
Bertemu di dunia
Dengan cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal Rasulnya,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta...
Adam Hawa bercinta di syurga,
Angkara iblis terpisah menderita,
Kerana cinta mereka setia,
Bertemu di dunia
Setia cintanya,
kerna yang Maha Esa
Dengan cinta kenal Pencipta,
Dengan cinta kenal Rasulnya,
Kerana cinta kenal saudara,
Bahagia keluarga
Hidup tanpa cinta sengsaralah jiwa,
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa,
Di batasan cinta syariat terjaga,
Tanpa keraguan tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasihMu Tuhan,
Betapa agungnya kebesaranMu,
Diri ini mengharapkan cintaMu,
Kekalkanlah rasa kehambaanku
Kekalkanlah rasa kehambaanku...
No comments:
Post a Comment