Stitch in Times

Allah berfirman : Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran (surah Al-Asr:1-3)

Saturday, February 26, 2011

Kisah Tukang Gunting Rambut

Assalamualaikum...

Semoga semua sahabat ana sihat sentiasa.Kali ini ada ada cerita yang agak menarik tentang seorang jejaka bersama seorang tukang gunting rambut.Hayatilah kisah ni dan amati pengajarannnya...

Kisah ini bermula di sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk miskin.Suatu hari,seorang lelaki yang bernama Fauzan (bukan nama sebenar) datang ke sebuah kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya.Dia pun menggunakan perbualan dengan tukang rambut yang melayaninya.Perbualan mereka menjadi semakin hangat.Pelbagai perkara yang diperbualkan sehingga Tuhan menjadi subjek perbualan.

"Encik,saya ni tak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang Encik katakan tadi." Kata si tukang gunting.

"Mendengar ungkapan itu Fauzan terkejut dan berkata "Mengapa kamu berkata demikian?"

"Mudah saja,cuba Encik jenguk ke luar tingkap itu dan sedarlah bahawa Tuhan itu memang tidak ada.Tolong jelaskan pada,kalau Tuhan itu ada,mengapa ramai orang sakit? mengapa ramai anak terbiar? Jika Tuhan itu ada,tentu tidak ada orang sakit dan tidak ada sebarang penderitaan di negara ini.Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi????" Ungkap si tukang gunting dengan nada yang angkuh.

Fauzan pun terdiam dan berfikir tentang apa yang dikatakan oleh tukang gunting tadi.Namun,dia tidak memberi sebarang respon agar perbualan tidak semakin rancak lagi.

Setelah tukang gunting rambut itu selasai melakukan kerjanya,Fauzan pun berjalan keluar dari kedai itu.Bru beberapa langkah,dia terserempak dengan seorang lelaki yang berambut panjang dan kusut masai.Tercetus di fikirannya mungkin lelaki itu sudah lama tidak ke kedai gunting rambut dan itu yang menyebabkan tidak kemas.

Fauzan kembali masuk ke dalam kedai dan berkata kepada tukang gunting itu,"Tukang gunting juga tidak ada sepertimana kamu katakan Tuhan itu tidak ada!"

Si tukang gunting pun terkejut dengan kata-kata Fauzan sebentar tadi."Mana mungkin mereka tidak ada.Buktinya saya disini.Saya di sini dan saya adalah seorang tukang gunting."Bentak si tukang gunting itu.

"Tidak,mereka tidak ada,kalau mereka ada tidak mungkin ada orang yang berambut sangat panjang dan tidak kemas itu." kata Fauzan dengan tegas sambil menuding jarinya kearah lelaki kusut diluar sana.

"Ah,merepek saja,gunting rambut ada di mana-mana.Yang terjadi kepada lelaki itu adalah kerana dia yang tidak mahu berusaha,datang ke kedai saya dan meminta pertolongan saya untuk menggunting rambutnya." Jawabnya sambil tersenyum.

Tepat sekali,itulah jawapan kepada soalan awak tadi.Tuhan itu memang ada.Yang terjadi kepada manusia ialah mereka tidak mahu berusaha dalama hidup dan datang mencari dan meminta pertolongan Ilahi.Itulah sebabnya kenapa ramai manusia yang mengalami penderitaan."Tegas Fauzan.

Mendengar kata-kata Fauzan membuatkan tukang gunting membisu dan tidak berkata.

Banyak pengajaran yang kita dapat.Semoga dapat dihayati.

SALAM...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...